Pasangan kekasih 'kantoi' bawa dadah

Polis berjaya menahan kereta yang kedua-dua suspek dan menemui satu peket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Polis berjaya menahan kereta yang kedua-dua suspek dan menemui satu peket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
A
A
A

PETALING JAYA - Sepasang kekasih yang menaiki sebuah kereta nekad melarikan diri daripada ditahan polis dengan memecut laju dan melanggar beberapa buah kenderaan dalam kejadian di hadapan sebuah hotel di Persiaran Surian di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, anggota polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah kira-kira jam 4 petang terserempak kenderaan jenis Proton Waja yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota polis kemudiannya mengejar kereta yang dinaiki kedua-dua suspek berumur 41 dan 38 tahun itu dari Jalan Persiaran Surian ke arah Lebuhraya Damansara-Puchong.

"Kereta dinaiki kedua-dua suspek turut melanggar beberapa buah kenderaan ketika melarikan diri daripada polis," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, kereta suspek kemudiannya berjaya dipintas dan suspek cuba melarikan diri namun berjaya diberkas polis.

"Hasil pemeriksaan dalam kenderaan dinaiki kedua-dua suspek menemui satu peket plastik dipercayai dadah jenis syabu.

"Dadah seberat 1.30 gram itu ditemui di bahagian tempat duduk penumpang hadapan," katanya.

Menurutnya, hasil saringan dijalankan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methapatamine.

Artikel Berkaitan:

"Kedua-dua suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.