Harga runcit RON97, RON95, diesel kekal

Harga runcit bagi semua produk petroleum dikekalkan bagi tempoh 1 hingga 7 September.
Harga runcit bagi semua produk petroleum dikekalkan bagi tempoh 1 hingga 7 September.
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM4.30 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 September.

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menerusi kenyataannya berkata, turut dikekalkan harga RON95 iaitu RM2.05.

"Harga runcit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter," katanya pada Rabu.

Ujar MOF, kerajaan mengekalkan harga RON95 dan diesel meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.

Artikel Berkaitan: