Negeri Sembilan mungkin tidak bubar DUN tahun ini

Aminuddin (kanan) berkesempatan beramah mesra dengan pengunjung pada sambutan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri pada Rabu.
Aminuddin (kanan) berkesempatan beramah mesra dengan pengunjung pada sambutan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri pada Rabu.
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkemungkinan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum Mac tahun depan.

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berpandangan, PRU15 wajar diadakan selepas Mac atau sehingga penggal ini berakhir.

“PRU15 masih menjadi teka-teki sekarang tapi saya cadangkan supaya pilihan raya negeri dapat diadakan tahun hadapan.

“Pada masa ini rakyat tengah susah dan perlukan perhatian serta bantuan daripada kerajaan bukannya adakan PRU15 ketika ini yang kosnya pasti menelan berbilion ringgit,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat Negeri Sembilan di sini pada Rabu.

Pada Selasa, media melaporkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, tiga negeri diterajui parti itu iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak akan membubarkan DUN lebih awal daripada Mac tahun depan.

Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata, bagaimanapun perkara itu terpulang kepada Majlis Presiden PH untuk menentukan bila PRU15 sesuai diadakan.

Artikel Berkaitan: