Zii Jia kecewa lagi

Zii Jia terpaksa akur tewas pada pusingan pertama Terbuka Jepun di Osaka pada Rabu. Foto Agensi.
Zii Jia terpaksa akur tewas pada pusingan pertama Terbuka Jepun di Osaka pada Rabu. Foto Agensi.
A
A
A

PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dirundung malang lagi apabila tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Jepun pada Rabu.

Diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan di Osaka itu, Zii Jia gagal bangkit daripada kekecewaan Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini apabila tewas straight set kepada pemain India, K Srikanth 20-22, 21-23.

Ia merupakan kekalahan pertama pemain berusia 24 tahun itu di tangan lawannya yang menghuni ranking ke-14 dunia itu selepas mengungguli dua pertemuan sebelum ini.

Kekalahan tersebut pastinya meneruskan kekecewaan pemain kelahiran Kedah itu selepas tewas pada pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo minggu lalu kepada pemain China, Zhao Jun Peng 19-21, 21-11, 19-21.

Dalam pada itu, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing melangkah ke pusingan kedua selepas menyingkirkan rakan senegara, Chan Peng Soon-Sheah Yee See 21-10 21-14.

Artikel Berkaitan: