Lebih 20,000 hadiri sambutan Hari Kebangsaan peringkat Kedah

Cuaca panas tidak menghalang orang ramai membanjiri bandar raya Alor Setar untuk menyaksikan Istiadat Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Medan Bandar pada Rabu.

A
A
A

ALOR SETAR - Lebih 20,000 penduduk membanjiri bandar raya ini untuk menyaksikan Istiadat Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 Peringkat Negeri Kedah Tahun 2022 di Dataran Medan Bandar di sini pada Rabu.

Orang ramai mula berkumpul seawal jam 7 pagi di sepanjang laluan dari Pekan Melayu hingga ke Dataran Medan Bandar dan Masjid Zahir.

Pasukan Majlis Daerah Padang Terap melakukan perbarisan melintasi pentas khas pada Istiadat Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Medan Bandar pada Rabu.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan dan Perarakan berkenaan kira-kira jam 9 pagi.

Sebaik berangkat, Sultan Sallehuddin turut berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama Batalion Ke-6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin; Tunku Bendahara, Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Sebelum itu, lebih 6,000 peserta terdiri daripada 115 kontinjen dari pelbagai agensi termasuk agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pasukan pakaian seragam, universiti dan sekolah mengambil bahagian dalam perarakan itu.

Kereta kebal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyertai Istiadat Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Medan Bandar pada Rabu.
Kereta kebal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyertai Istiadat Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Medan Bandar pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Antaranya, barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah, Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS), Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia, Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah dan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah,

Acara perbarisan turut disertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah.
Acara perbarisan turut disertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah.

Selain itu, perbarisan turut disertai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah (JHEAIK), Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Istiadat itu turut diserikan dengan persembahan hiburan, pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma (SMKSA) dan nyanyian koir Majlis Perbadanan Kulim (MPKK).