PRU15: Pas Subang, PJ tolak kerjasama dengan PH

Beberapa Pas Kawasan tetap dengan pendirian untuk menolak kerjasama dengan PH menjelang PRU15.
Beberapa Pas Kawasan tetap dengan pendirian untuk menolak kerjasama dengan PH menjelang PRU15.
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa Pas Kawasan tetap dengan pendirian untuk menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara tersebut dinyatakan dalam kenyataan berasingan oleh Setiausaha Pas Kawasan Subang, Mohd Fadh Ibrahim dan Setiausaha Pas Kawasan Petaling Jaya, Ariffin Mahaiyuddin.

Menurut kenyataan mereka, perkara tersebut menentang hasrat parti tersebut untuk menumbangkan PH yang merupakan musuh utama politik Pas di Selangor.

Jelas mereka, PH yang didominasi DAP cukup memusuhi dan menentang dasar dan perjuangan Pas dan bersekongkol bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk memusnahkan Pas di negeri ini.

"Oleh itu, kami khuatir apabila Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan PN yang turut dianggotai Pas akan berunding dan bekerjasama dengan PH serta parti pembangkang lain bagi menghadapi BN dalam PRU15 ini.

"Kami berdiri teguh dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Pas tidak akan membentuk kerjasama baharu dengan PH termasuk menerusi pendekatan khemah besar dalam PH.

"Semoga semua pihak menghormati sikap dan pendirian Pas dan bersama menghadapi PH satu lawan satu sehingga mereka tumbang," katanya mereka dalam kenyataan pada Selasa.

Artikel Berkaitan: