AS catat lebih 17,000 kes cacar monyet

Setakat ini, AS mencatatkan bilangan tertinggi kes cacar monyet tertinggi di dunia. Foto 123RF
Setakat ini, AS mencatatkan bilangan tertinggi kes cacar monyet tertinggi di dunia. Foto 123RF
A
A
A

LOS ANGELES - Amerika Syarikat mengesahkan lebih 17,000 kes cacar monyet, menurut data terkini daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

Sejumlah 17,432 kes cacar monyet yang diketahui telah dilaporkan di seluruh negara setakat hari Jumaat, lapor Xinhua memetik data CDC.

Menurut data CDC, kes tertinggi adalah di New York dengan 3,124 kes, diikuti oleh California dengan 3,291 kes dan Florida dengan 1,739 kes.

Setakat ini, AS mencatatkan bilangan tertinggi kes cacar monyet tertinggi di dunia.

Meskipun kes masih meningkat secara nasional, kadar jangkitan wabak dilihat semakin perlahan, kata Pengarah CDC, Rochelle Walensky.

Pegawai AS berkata, vaksin cacar monyet tambahan tersedia kepada orang ramai mulai September, menurut laporan CBS News.

Pentadbiran Biden mendapat kritikan berikutan tindak balasnya terhadap wabak cacar monyet, termasuk kegagalan untuk memesan vaksin yang mencukupi, tidak dapat mempercepatkan rawatan dan menyediakan saringan untuk mengekang wabak itu.

"Kita sepatutnya dapat membendung cacar monyet -- ia telah dikesan awal dan sudahpun mempunyai ujian, vaksin yang selamat dan rawatan yang berkesan. Tetapi disebabkan sistem kesihatan awam kekurangan dana yang kronik, ia sering kekurangan bekalan asas seperti ujian swab dan picagari, yang mengalami kekurangan sebanyak dua kali ganda berikutan pandemik COVID-19," kata laporan The Hill. - Bernama

Artikel Berkaitan: