PRU15: Pas konsisten tolak kerjasama dengan PH

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pas tetap dengan pendirian untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setakat ini keputusan untuk tidak bersama PH kekal dan tidak berubah.

"Setakat yang saya faham, Pas amat konsisten untuk tidak bersama PH. Kita tidak ada sebarang kompromi dan tak akan ada sebarang kerjasama dengan PH.

"Jika ada perbincangan, kita akan utarakan pandangan kita itu dan kita akan bertegas dengan pandangan demikian," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri acara 'flag off' Kembara Beret Hijau siri 2/022 di pekarangan jambatan angkat di sini pada Selasa.

Ketika ditanya sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berminat untuk bekerjasama dengan PH, Ahmad Samsuri berkata, perkara itu masih terlalu awal untuk dijawab.

"Sekiranya (Bersatu berminat). Kita perlu lihat dahulu perkara ini kerana soalan berkaitan hypothetical ini tidak boleh dijawab sekarang. Kita perlu tunggu dahulu," katanya.

Pada Konvensyen Perikatan Nasional (PN) di Serdang, Selangor Sabtu lalu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, semua pimpinan parti pembangkang perlu mempertimbang membuka semula pintu rundingan dengan PN, jika masing-masing sepakat bahawa musuh utama dalam PRU-15 adalah BN.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menyarankan langkah itu bagi mengelakkan BN kembali berkuasa dan mengulangi amalan salah guna kuasa serta rasuah dalam pentadbiran negara.

Artikel Berkaitan: