Tiga rakan didakwa rogol berkumpulan remaja Orang Asli

Tiga rakan Orang Asli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Selasa atas pertuduhan merogol seorang remaja bawah umur pada 20 Ogos lalu tahun.
Tiga rakan Orang Asli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Selasa atas pertuduhan merogol seorang remaja bawah umur pada 20 Ogos lalu tahun.
A
A
A

KUANTAN - Tiga rakan Orang Asli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Selasa atas pertuduhan merogol secara berkumpulan seorang remaja bawah umur pada 20 Ogos lalu tahun.

Tertuduh, Rosli Bakar, 29, Helmat, 22 dan Murad Ahmad, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Shahrul Rizal Majid.

Mereka didakwa secara bersama-sama telah melakukan rogol berkumpulan ke atas mangsa berusia 14 tahun 4 bulan.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan oleh ketiga-tiga di hutan berhampiran simpang kawasan perkuburan lama, dekat Bukit Ibam, Muadzam Shah, antara 20 Ogos hingga 21 Ogos lalu kira-kira jam 11.15 malam hingga 7 pagi.

Kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Sharifah Nurul Syuhada Tuan Mamat manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Saifuddin Abdul Rahman.

Sebelum itu, Sharifah Nurul Syuhada tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kesemua tertuduh menghadapi pertuduhan Di bawah Sesyen 302 Kanun Keseksaan.

Mereka telah didakwa di Mahkamah Majistret Pekan pada Isnin membabitkan mangsa yang sama.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah kemudian menetapkan 29 September depan untuk sebutan semula kes.

Pada ada 23 Ogos lalu, Sinar Harian melaporkan penemuan mayat seorang remaja perempuan Orang Asli dalam semak di lereng bukit berhampiran jalan masuk ke rumahnya di Bukit Ibam, Muadzam Shah pada 22 Ogos lalu.

Mayat mangsa berusia 14 tahun itu ditemui kira-kira jam 2.45 petang oleh salah seorang ahli keluarganya dalam keadaan berdarah di tangan dan kepala disyaki dibunuh.

Susulan itu, polis menahan tiga orang lelaki Orang Asli di Bukit Ibam kerana disyaki terlibat dalam kes membabitkan kematian seorang remaja terbabit.