GM Klang anjur kempen, perkukuh integrasi kaum melalui pelbagai aktiviti menarik

A
A
A

No Image Caption

KLANG - Selaras dengan tema sambutan Bulan Kemerdekaan ke-65 iaitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ yang mengetengahkan konsep keharmonian negara berbilang kaum, Pusat Borong GM Klang memantapkan lagi dinamika integrasi kaum di Malaysia menerusi kempen ‘Malaysia, Rumah Kita! 2022’.

Pelbagai aktiviti menarik akan disajikan kepada para pengunjung pusat borong berkenaan bermula 31 Ogos ini sehingga 17 September depan.

No Image Caption

Antaranya, program “Belanja & Tebus” di mana pengunjung boleh menebus baju T eksklusif apabila berbelanja sebanyak RM200 dan ke atas sepanjang tempoh kempen.

Selain itu, pelbagai aktiviti seperti pencarian harta karun, pencarian fesyen merdeka, persembahan nyanyian, kumpulan pancaragam, pertandingan mewarna tanglung kanak-kanak, penampilan khas maskot GM Klang, kostum Chang Er, arnab dan banyak lagi, bakal diadakan pada lima hari istimewa yang dipilih iaitu 31 Ogos, 10, 11, 16 dan 17 September.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Pengurus Komunikasi Jenama, Norsuhaida Othman berkata, nama kempen ‘Malaysia, Rumah Kita! 2022’ dicipta hasil gabungan tiga perayaan yang akan disambut pada Ogos dan September iaitu Hari Kebangsaan, Perayaan Kuih Bulan dan Hari Malaysia.

Jelasnya, ketiga-tiga perayaan ini mempunyai satu objektif kebersamaan di mana penyatuan keluarga, rakan-rakan, komuniti setempat malah seluruh rakyat Malaysia meraikannya bersama-sama.

No Image Caption

“Malaysia adalah ibarat sebuah rumah untuk kita sama-sama menghiasinya dengan kandungan yang indah supaya kita sentiasa berasa selesa dan bahagia. Oleh itu, amat penting kita menjaga perpaduan kaum melalui nilai-nilai murni untuk kita raih kegembiraan di negara kita sendiri.

“Inilah elemen utama yang kami ingin terapkan melalui kempen ini. Marilah menjaga rumah Kita iaitu Malaysia bersama-sama!” ujarnya.

Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ‘Malaysia, Rumah Kita! 2022’ boleh didapati melalui laman sesawang: gmklang.com atau media sosial rasmi GM Klang.

No Image Caption