Tuchel giat buru pemain lagi

Tuchel giat memburu beberapa pemain baharu bagi memantapkan Chelsea menjelang jendela perpindahan yang akan berakhir minggu ini. - Foto Agensi
Tuchel giat memburu beberapa pemain baharu bagi memantapkan Chelsea menjelang jendela perpindahan yang akan berakhir minggu ini. - Foto Agensi
A
A
A

PENGURUS Chelsea, Thomas Tuchel mahu melamar beberapa lagi pemain baharu sebelum jendela perpindahan berakhir minggu ini.

Pemain pertahanan, Wesley Fofana dikaitkan dengan perpindahan £70 juta (RM367 juta) dari Leicester ke Chelsea.

Chelsea juga berusaha keras untuk melengkapkan perjanjian membawa Pierre-Emerick Aubameyang ke Stamford Bridge dari Barcelona.

Turut menjadi buruan The Blues ialah pemain Everton, Anthony Gordon.

"Saya fikir kami perlukan lagi beberapa pemain baharu untuk mengisi posisi tertentu dan apabila tiba 1 September saya akan menjadi jurulatih yang gembira tidak kira apa berlaku.

"Saya akan cuba mencari jalan dan tidak memikirkan apa akan berlaku atau mungkin berlaku.

"Semuanya boleh menjadi realiti dan ketika menentang Leicester kami mencari jalan untuk meraih kemenangan," ujar Tuchel.

Tuchel juga komited untuk The Blues meraih kemenangan pada aksi menentang Southampton awal pagi esok.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang akan dilakukan di Southampton juga sama, berusaha menang, fokus individu dan mengasak pasukan lawan.

"Itu yang akan kami lakukan tidak kira sama ada pemain datang atau tidak," katanya.