Mayat pekerja bot tunda jatuh laut ditemukan

Anggota polis mengangkat mayat seorang pekera bot yang terjatuh dalam laut di Jeti Batu 3, Jalan Minyak Beku di Batu Pahat pada Isnin.
Anggota polis mengangkat mayat seorang pekera bot yang terjatuh dalam laut di Jeti Batu 3, Jalan Minyak Beku di Batu Pahat pada Isnin.
A
A
A

BATU PAHAT - Mayat seorang pekerja yang terjatuh dari bot tunda ke dalam laut di Jeti Batu 3, Jalan Minyak Beku di sini sejak pagi Ahad, ditemukan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mayat Mohd Razali Abd Halim ditemukan terapung di jeti itu pada jam 12.45 tengah hari kira-kira 400 meter dari bot tunda berkenaan.

Beliau berkata, sebelum itu rakan mangsa yang tinggal di atas bot berkenaan menyedari kehilangan Mohd Razali, 24, pada jam 6 pagi Ahad.

"Mereka berusaha sendiri mencari mangsa sehinggalah lewat petang, mangsa tidak dijumpai barulah mereka membuat laporan polis.

"Anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima aduan kejadian itu pada jam 7 petang semalam," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, usaha mencari dijalankan polis dan pekerja-pekerja bot sekitar perairan berkenaan namun operasi dihentikan kerana waktu malam.

Menurut beliau, operasi mencari disambung pagi Isnin sebelum mayat ditemukan dan dibawa ke Hospital Sultanan Nora Ismail di sini untuk bedah siasat.

Tambah Ismail, kes diklasfikasikan sebagai kematian mengejut.

Artikel Berkaitan: