Warisan umum barisan kepimpinan 2021-2024

Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - Foto Bernama
Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini, mengumumkan barisan kepimpinan parti untuk penggal 2021 hingga 2024 setelah Perhimpunan Agung Tahun Warisan 2021 dan pemilihan selesai dilaksanakan, pada Sabtu.

Mohd Shafie, menerusi kenyataan berkata, beliau yakin barisan kepimpinan itu sudah bersedia dan akan sentiasa turun padang untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)).

Barisan kepimpinan itu menyaksikan Mohd Shafie mempertahankan jawatan Presiden selepas menang tanpa bertanding dan jawatan Timbalan, Presiden, dan tiga Naib Presiden juga menang tanpa bertanding.

Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis juga menang tanpa bertanding jawatan Ketua Wirawati, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif menang jawatan Ketua Wanita dan Ketua Bahagian Warisan Kinabatangan, Ismail Ayub menang jawatan Ketua Wira.

Seramai 20 orang dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) antaranya Ahli Parlimen Kalabakan, Ma'mun Sulaiman; Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan; ADUN Bongawan, Dr Daud Yusof; ADUN Banggi, Mohammad Mohamarin; ADUN Karamunting, George Hiew Vun Zin; ADUN Tanjong, Kapor Ben Chong Chen Bin; ADUN Darau, Azhar Matussin; ADUN Merotai, Sarifuddin Hata dan ADUN Gum-Gum, Arunarnsin Taib.

Jawatan dilantik menyaksikan Datuk Loretto Padua Jr kekal sebagai Setiausaha Agung dan ADUNn Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah kekal Ketua Penerangan.

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman, yang tidak mempertahankan jawatan Ketua Wira kerana memberikan laluan kepada pemimpin muda, tiada dalam senarai kepimpinan.

Kuota bagi jawatan dilantik iaitu dua Naib Presiden, satu Bendahari Agung dan 11 AMT belum diumumkan.

Artikel Berkaitan:

Berikut senarai penuh barisan kepimpinan Warisan 2021-2024.

Presiden: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Timbalan Presiden: Datuk Darell Leiking

Naib Presiden: Datuk Dr Jaujan Sambakong, Datuk Junz Wong dan Terrence Siambun.

Setiausaha Agung: Datuk Loretto Padua Jr

Ketua Penerangan: Datuk Awang Ahmad Sah

Ketua Wanita: Norazlinah Arif

Ketua Wira: Ismail Ayub

Ketua Wirawati: Isnaraissah Munirah Majilis

Ahli Majlis Tertinggi:

1. Dr Daud Yusof

2. Mohammad Mohamarin

3. Mudi Dubing

4. Ahmad Hassan

5. George Hiew Vun Zin

6. Mohd Zinin Adong Ajak

7. Mazliwati Abdul Malek Chua

8. Datuk Honorsius Bosuin

9. Ben Chong Chen Bin

10. Azhar Matussin

11. Charles Ebbie

12. Ma'mun Sulaiman

13. Datuk Ahmad Shah Tambakau

14. Sarifuddin Hata

15. Arunarnsin Taib

16. Japar Awang

17. Mahadi Mumin

18. Nicholas Chak

19. Datuk Aidi Moktar

20. Mohd Taib Isai - Bernama