'Kemenangan Aaron-Wooi Yik hadiah yang manis' - MB Selangor

Tangkap layar Facebook Amirudin Shari pada Ahad.
Tangkap layar Facebook Amirudin Shari pada Ahad.
A
A
A

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengucapkan tahniah atas kejayaan beregu badminton negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik selepas muncul juara dunia dalam Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo 2022 pada Ahad.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, kejayaan tersebut bukan sahaja menamatkan penantian selama 45 negara dalam kejohanan badminton dunia, malah lebih manis kejayaan diraih menjelang sambutan kemerdekaan.

“Tahniah gandingan beregu badminton negara Aaron Chia – Soh Wooi Yik menewaskan ‘The Daddies’ untuk menjadi juara dunia.

“Hadiah yang amat manis menjelang Hari Kebangsaan. Penantian 45 tahun buat Malaysia akhirnya berakhir. Malaysia boleh!,” katanya menerusi laman Facebooknya pada Ahad.

Gandingan Aaron dan Wooi Yik menamatkan penantian gelaran sulung Malaysia di pentas Kejohanan Badminton Dunia pada edisi ke-27 yang berlangsung di Tokyo, Jepun.

Pasangan beregu badminton nombor satu negara itu muncul juara selepas menewaskan lawan dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit.

Artikel Berkaitan: