Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga sepupu

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tengku Datuk Seri Muhamad Mazlan Tengku Putera Zainal Abidin yang meninggal dunia pada Ahad.

Menerusi perkongsian di Facebook Istana Negara, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah.

Allahyarham merupakan sepupu kepada Al-Sultan Abdullah.

"Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini,” menurut catatan itu.

Seri Paduka turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Sementara itu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin ldris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita di atas pemergian Allahyarham.

Selangor Royal Office menerusi satu kenyataan di Facebook pada Ahad memaklumkan, Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada usia 64 tahun.

Baginda berdua memaklumkan terkejut dengan berita pemergian Allahyarham dan berkenan mengutus salam takziah kepada balu Allahyarham, Datin Seri Nor Zila Malek, keluarga serta waris.

Artikel Berkaitan:

"Di atas jasa dan bakti Allahyarham pada tahun 2018, baginda telah mengurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) kepada Allahyarham.

"Baginda mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT," menurut kenyataan itu.