Hanya mesyuarat MKT UMNO biasa, rutin: Jalaluddin

Jalaluddin Alias (empat dari kiri) mencuba sukan Muay Thai sempena Hari Belia Negara peringkat daerah Jelebu di Kolej Vokasional Kuala Klawang.
Jalaluddin Alias (empat dari kiri) mencuba sukan Muay Thai sempena Hari Belia Negara peringkat daerah Jelebu di Kolej Vokasional Kuala Klawang.
A
A
A

JELEBU - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi ( MKT ) UMNO yang akan diadakan pada Sabtu malam adalah mesyuarat biasa malah tiada perkara luar biasa yang dibincangkan.

Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ia juga merupakan mesyuarat rutin bagi membincangkan banyak perkara yang sudah menjadi sebahagian daripada jadual ahli MKT UMNO.

"Seperti biasa, selepas kita terima panggilan mesyuarat daripada Presiden, kesemua ahli akan hadir dan ia rutin biasa.

"Tiada yang luar biasa kerana sudah banyak kali MKT mengadakan mesyuarat. Lagipun semakin hampir Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kita perlu membuat persiapan dalam pelbagai perkara, jadi dalam mesyuarat MKT kita akan bincangkan bersama- sama," katanya ketika diminta mengulas mengenai mesyuarat MKT UMNO yang akan diadakan pada malam Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Jelebu dan Mini Karnival Sahabat AIM di Kolej Vokasional Kuala Klawang pada Sabtu.

Dalam pada itu, Jalaluddin berkata, semua pihak sedang mempersiapkan jentera masing-masing malah Parlimen Jelebu juga tidak ketinggalan untuk melakukan persiapan teliti bagi menghadapi PRU15.

"Apa yang penting bagi kita adalah penjelasan kepada rakyat dan juga untuk menambah baik lagi keyakinan rakyat kepada perjuangan BN untuk memastikan negara, negeri dan juga Parlimen ini dipandu oleh kepimpinan BN," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: