Teater boneka Cina Teochew

A
A
A
Tidak dinafikan bukan semua orang dapat mengawal pergerakan patung boneka sambil menyanyi dan berdialog sekali gus.

Begitulah kepakaran yang ditunjukkan oleh pemain-pemain kumpulan Kim Giak Low Choon Teochew Puppetry ketika melakukan persembahan patung boneka opera yang dikawal dengan tiga batang lidi besi.

Menurut Pengarah Kim Giak Low Choon Teochew Puppetry, Goh Hooi Ling, persembahan teater boneka Cina diadakan ketika upacara keagamaan di tokong, perayaan hantu lapar ataupun atas jemputan daripada persatuan-persatuan ritual Taoism.

Keluarga beliau merupakan satu-satunya yang masih lagi aktif dalam seni opera dan boneka Cina Teochew di Pulau Pinang.

Kumpulan tersebut melakukan pengubahsuaian dalam persembahannya bagi memberikan nafas baharu terhadap teater boneka Cina yang dimainkan dengan menggunakan lidi besi tanpa mengabaikan tradisi asalnya.
Artikel Berkaitan:


Kebanyakan persembahan teater boneka Teochew yang dipentaskan ketika sambutan tertentu di tokong Cina adalah berdasarkan skrip dan cerita berasal dari maharaja China yang merupakan warisan nenek moyang.

Menurut Goh, mereka sentiasa melakukan inovasi menerusi kreativiti untuk menarik minat golongan muda untuk menghayati warisan sepanjang zaman ini supaya ia tidak mahu tradisi ini terus terkubur begitu sahaja.