Koleksi Patung Figura Aksi

A
A
A

Adam Shahruddin, 38, bersama ribuan koleksi barang mainan dan patung figura aksi yang disusun kemas menghiasi setiap genap ruang bilik rumahnya yang terletak di Dengkil Selangor.

Barang mainan dan patung figura aksi tersebut pernah muncul dalam televisyen, filem dan komik pada era 90an, lewat 80an dan dikumpulnya sejak dari bangku sekolah rendah lagi.

Menurut Adam beliau minat mengumpul patung figura aksi dan barang mainan yang jarang dijumpai itu sebagai terapi baginya untuk mengimbau kenangan indah ketika zaman kanak-kanak dahulu. - Foto Bernama