Murid suku Temuan berarak meriahkan Bulan Kemerdekaan

Murid-murid orang murid Orang Asli suku kaum Temuan dan guru dari Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Tadom, Banting turut memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan. - Gambar hiasan
Murid-murid orang murid Orang Asli suku kaum Temuan dan guru dari Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Tadom, Banting turut memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 90 orang murid Orang Asli suku kaum Temuan dan 13 orang guru dari Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Tadom, Banting, serta para jemputan berarak membawa bendera Malaysia di sekitar kawasan Bukit Tadom, pada Khamis, bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan.

Ketua Nazir Jemaah Nazir Negeri Selangor, Ishak Arif dalam kenyataan pada Sabtu berkata, ketika perarakan murid dan guru berpakaian bertemakan Hari Kebangsaan serta turut mengenakan hiasan suku kaum Temuan sambil menyanyi lagu-lagu patriotik.

Beliau berkata, perarakan itu dianjurkan dengan kerjasama Jemaah Nazir Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat melalui Program Bakti Kasih Semarak Merdeka.

"Antara aktiviti yang diadakan (ialah) tarian tradisi masyarakat asli Temuan seperti tarian Sewang, deklamasi sajak, tarian Ghentak Kencana, dipersembahkan oleh murid-murid bertemakan kemerdekaan dan ciri patriotisme,” katanya.

Beliau berkata, pada majlis tersebut, Jemaah Nazir Negeri Selangor, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor serta syarikat The Financial Industry Collective Outreach (FINCO) dan BNP Paribas Asset Management Malaysia Sdn Bhd turut menyumbang buku bernilai RM3,000 kepada pusat sumber sekolah itu yang terjejas akibat banjir pada tahun lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: