Newcastle mahu lebarkan rekod tanpa kalah

Howe - Foto Getty Images
Howe - Foto Getty Images
A
A
A

KESEBELASAN Newcastle United diminta untuk memberikan aksi terbaik berdepan Wolverhampton Wandereres di Molineux pada Ahad, dalam usaha melebarkan lagi rekod tanpa kalah musim ini.

Pengendali Newcastle, Eddie Howe berkata, berdasarkan kepada prestasi semasa skuad kendaliannya itu dilihat berpeluang untuk membawa pulang tiga mata berharga ke Saint James Park.

Bagaimanapun dalam masa sama, Howe mahu kesebelasan The Magpies tidak memandang rendah keupayaan lawan biarpun Wolves ketika ini berada pada kelompok bawahan liga.

“Biarpun Wolvers berada jauh di bawah kita, tetapi kita perlu ingat bahawa saingan liga baru sahaja bermula.

“Pada peringkat seperti ini semua pasukan masih berlumba-lumba mencatatkan kemenangan untuk berada pada kedudukan selesa sebelum meneruskan saingan.

“Oleh sebab itu, dalam masa kita perlu berhati-hati agar tidak ‘terperangkap’ dan akhirnya gagal mencatatkan kejayaan sebagaimana yang diharap-harapkan,” katanya.

Setelah mengharungi tiga perlawanan, Newcastle kini berada pada kedudukan keenam dengan lima mata, manakala Wolves pada kedudukan ke-18 dengan hanya meraih satu mata.

Sementara itu, Howe berharap agar momentum kemenangan ketika menewaskan Tranmere pada aksi Piala Liga baru-baru ini dapat diteruskan pada aksi berdepan Wolves.

Artikel Berkaitan:

“Walau apapun keadaannya, kita masih perlu terus mencatatkan kemenangan untuk berada pada kedudukan selesa sekali gus memastikan rekod ‘bersih’ kita setakat ini tidak tercalar,” katanya.