Southampton berpeluang tewaskan United

Hasenhuttl - Foto PA/Wire
Hasenhuttl - Foto PA/Wire
A
A
A

KESEBELASAN Southampton berpeluang mencatatkan kemenangan ke atas Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di St. Mary, pada Sabtu.

Perkara itu ditegaskan pengendali The Saints, Ralph Hasenhuttl berdasarkan kepada prestasi tidak menentu skuad The Red Devils itu ketika ini.

Menurutnya, kesempatan beraksi di gelanggang sendiri perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh pemain dalam usaha merealisasikan kemenangan.

“Saya menyaksikan aksi mereka (United) dan tahu apa sebenarnya dimahukan Ten Hag (Erik) dalam perlawanan dilalui.

“Biarpun menang ke atas Liverpool 2-1 baru-baru ini, namun saya dapat melihat ‘peluang’ bagi memerangkap skuad The Red Devils itu kali ini,” katanya.

Untuk rekod Southampton tewas 0-4 kepada Tottenham Hotspur 6 Ogos lalu sebelum terikat 2-2 dengan Leeds United dan menang 2-1 ke atas Leicester City, minggu lalu.

Mengulas mengenai persiapan Southampton, Hasenhuttl berkata, segalanya berjalan lancar ketika ini dengan tiada masalah kecederaan pemain.

Katanya, besar kemungkinan pihaknya dapat menurunkan kesebelasan terbaik bagi berdepan United dan mencatatkan kemenangan.

Artikel Berkaitan:

“Secara keseluruhannya, United merupakan pasukan dikemudikan oleh seorang pengendali baharu.

“Berdasarkan persiapan pra musim yang singkat dan kemasukan pemain-pemain baharu ketika ini menunjukkan masih belum ada keserasian dan inilah peluang perlu dimanfaatkan,” katanya.