Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir Kejohanan Dunia

Aaron (kanan) dan Wooi Yik mengalahkan beregu Korea Selatan untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia di Jepun pada Jumaat. - Foto FB BAM.
Aaron (kanan) dan Wooi Yik mengalahkan beregu Korea Selatan untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia di Jepun pada Jumaat. - Foto FB BAM.
A
A
A

BEREGU negara, Aaron Chia- Soh Wooi Yik melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia di Jepun, sebentar tadi.

Beregu pilihan keenam itu mengalahkan gandingan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Seo Seong Jae 21-18, 21-16 dalam saingan selama 40 minit di Gimnasium Metropolitan, Tokyo.

Pertembungan antara dua pasangan itu berlangsung sengit sejak awal permainan, namun gadingan negara lebih menyerlah untuk memenangi set pertama 21-18.

Sol Gyu-Seong Jae cuba bangkit memberi tentangan pada set kedua, namun laluan ke kelompok empat terbaik berpihak Aaron-Wooi Yik menerusi kemenangan 21-16.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: