JDT II kembali terajui Liga Premier

Eldstal merai jaringan bersama para pemain JDT II ketika menentang Skuad Projek FAM-MSN di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, pada Khamis. - Foto Johor Southern Tigers
Eldstal merai jaringan bersama para pemain JDT II ketika menentang Skuad Projek FAM-MSN di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, pada Khamis. - Foto Johor Southern Tigers
A
A
A

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) II kembali merampas kedudukan teratas Liga Premier daripada Kelantan FC selepas menewaskan pasukan tercorot, Skuad Projek FAM-MSN, 2-0, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, pada Khamis

Skuad kendalian Mariano Raul Echeverria yang menguasai perlawanan, hanya memerlukan empat minit untuk merobek gawang tuan rumah, apabila pemain tengah import Levy Madinda melepaskan sepakan kencang dari luar kotak penalti, untuk menewaskan penjaga gol, Aizat Aiman Mazlan.

Bersambung babak kedua, JDT II yang terus mengasak kubu skuad bimbingan Hassan Sazali Mohd Waras berjaya menghasilkan gol kedua menerusi pemain kebangsaan Junior Eldstal, apabila menanduk masuk bola sepakan penjuru tonggak import Moussa Sidibe, seterusnya mengesahkan tiga mata berharga untuk dibawa pulang pelawat.

Walaupun berkongsi 36 mata, JDT II memintas Kelantan FC yang berada di tangga kedua susulan perbezaan gol yang besar antara kedua-dua pasukan, selepas 16 perlawanan manakala Skuad Projek FAM-MSN pula kekal di tangga terbawah liga dengan lima mata.

Artikel Berkaitan: