Harga tiket final Piala FA 2022 kekal

Poster harga tiket perlawanan akhir Piala FA 2022.
Poster harga tiket perlawanan akhir Piala FA 2022.
A
A
A

MALAYSIAN Football League (MFL) mengumumkan harga tiket perlawanan akhir Piala FA 2022 yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September ini dikekalkan sepertimana perlawanan akhir Piala Malaysia tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, senarai harga tiket perlawanan akhir Piala FA tahun ini bermula dengan General Admission yang berharga RM50 dan RM70, Premium Grandstand (RM150) serta satu kategori baharu VIP Grandstand (RM200).

“MFL telah menetapkan empat ‘tier’ harga tiket bagi perlawanan akhir Piala FA 2022 selain MFL masih mengekalkan harga General Admission RM50 dan RM70 serta Premium Grandstand RM150 meskipun saban tahun berdepan dengan peningkatan kos penganjuran.

“Bagaimanapun bagi kali ini, MFL memperkenalkan tiket VIP Grandstand yang berharga RM200. Empat ‘tier’ tiket ini bagi memberi lebih pilihan kepada penyokong-penyokong untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan final itu nanti.

Dalam pada itu, MFL turut mengumumkan sebanyak 78,000 tiket perlawanan akhir Piala FA 2022 akan dijual. MFL juga memutuskan untuk menyerahkan urusan jualan tiket yang telah diperuntukkan kepada setiap kelab untuk dijual kepada penyokong masing-masing.

Ini adalah bagi memastikan tiket yang dijual dapat dibeli oleh penyokong pasukan finalis secara sama rata dan adil.

Maklumat lanjut mengenai proses jualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh pihak Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan: