Dengarlah suara wanita: Permaisuri Agong

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tengah) berkenan menunjukkan buku “Keberanian Pelopor NCWO, Inspirasi Perjuangan Wanita Masa Kini” selepas melancarkannya pada Majlis Sambutan Hari Wanita Kebangsaan ke-60 di Dewan Perdana Felda, pada Khamis. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini (Khamis) menggesa semua orang mendengar suara wanita yang memperjuangkan hak mereka.

Seri Paduka bertitah baginda secara peribadi akan terus menyokong mana-mana gerakan yang memperjuangkan hak wanita, baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

"Ini semua tentang pemerkasaan wanita dan kesaksamaan gender. Adalah penting untuk mendengar wanita memperjuangkan hak mereka," titah Seri Paduka pada majlis sambutan Hari Wanita Kebangsaan di sini, pada Khamis.

Tunku Azizah juga memuji wanita kerana memainkan peranan penting di Malaysia, termasuk sebagai pendamai yang penting untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian di negara ini.

Pada majlis anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) itu, Tunku Azizah turut melancarkan buku bertajuk 'Keberanian Pelopor NCWO' mengenai pengasas NCWO.

Majlis turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri. - Bernama

Artikel Berkaitan: