[VIDEO] 'YB perlu tinggal di kawasan diwakili'

Altimet (kanan) berpandangan seseorang wakil rakyat atau YB perlu tinggal di kawasan yang diwakilinya demi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.
Altimet (kanan) berpandangan seseorang wakil rakyat atau YB perlu tinggal di kawasan yang diwakilinya demi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas penyanyi rap, Altimet berpandangan seseorang wakil rakyat atau Yang Berhormat (YB) perlu tinggal di kawasan yang diwakilinya bagi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

Beliau yang kini menceburi bidang politik berkata, tanpa berbuat demikian, wakil rakyat tersebut tidak akan mengetahui keperluan penduduk di situ.

“Kalau anda tak tinggal di kawasan anda menjadi wakil rakyat, macam mana anda nak peka dengan keperluan di situ?” soalnya yang kini merupakan Ketua Cabang PKR Ampang.

Altimet berkata demikian dalam episod ketiga On The Way Sinar Harian, satu program sembang santai dalam kereta dikendalikan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2021, Fazziq Muqris sebagai hos.

Ketika menjawab soalan Fazziq kenapa bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Ampang walhal beliau dilahirkan di Petaling Jaya dan dibesarkan di Subang Jaya, beliau menjawab mudah, “Sebab saya tinggal di Ampang.”

Jelasnya, perlu ada satu pemikiran baharu iaitu perlu berkhidmat dan memberi sumbangan di tempat kita bermastautin.

“Katakan anda ahli Parlimen di Ampang, buat apa anda nak duduk di Shah Alam?

“Anda tak tahu apa yang jadi dekat Ampang, walhal anda wakil rakyat,” soalnya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu jelasnya, dengan tinggal di kawasan sendiri, wakil rakyat lebih mengenali penduduk di sana, peka dengan keperluan mereka dan mengetahui kelebihan serta cabaran kawasan tersebut.

Episod ketiga On The Way: Rap untuk rakyat bersama Altimet boleh ditonton di laman YouTube Sinar Harian.

Program tersebut ditaja oleh MN Wheels Mitsubishi Sdn Bhd.