'Tidak akan padam jasa besar Najib'- Noh

Noh Omar
Noh Omar
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO Selangor menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sama sekali tidak akan memadam jasa besar bekas Perdana Menteri itu kepada negeri dan negara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, banyak peruntukan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat diluluskan dan dilaksanakan di Selangor walaupun negeri ini bukan ditadbir oleh BN.

"Datuk Seri (Najib) adalah bekas Presiden (UMNO) dan Perdana Menteri Malaysia, beliau juga pernah menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor daripada tahun 2009 hingga 2013.

"Walaupun Negeri Selangor tidak ditadbir oleh BN, namun banyak peruntukan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat telah diluluskan dan dilaksanakan.

"Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak sama sekali dapat memadamkan jasa besar Najib sebagai Perdana Menteri yang membawa Selangor dan Malaysia ke mercu kejayaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Noh, Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor menzahirkan rasa simpati di atas keputusan perbicaraan bekas Perdana Menteri oleh Mahkamah Persekutuan pada Selasa.

Beliau berkata, UMNO Selangor turut menzahirkan rasa dukacita apabila permohonan bekas Presiden UMNO itu untuk menangguhkan perbicaraan telah ditolak oleh mahkamah.

"Meskipun demikian, perjuangan UMNO dan BN mesti diteruskan demi kemaslahatan agama, bangsa dan tanah air.

Artikel Berkaitan:

"Kami mendoakan Najib dan keluarga tidak berputus asa, terus tabah dan cekal dalam menghadapi segala dugaan ini," kata Noh dalam kenyataan sama.