RON97 turun lagi lima sen, RON95, diesel kekal

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 menyaksikan penurunan sebanyak lima sen dua minggu berturut-turut daripada RM4.35 kepada RM4.30 seliter.

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menerusi kenyataannya pada Rabu memaklumkan harga baharu itu berkuatkuasa bagi tempoh 25 hingga 31 Ogos.

"Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, begitu juga dengan diesel iaitu RM2.15 setiap liter," katanya.

Kementerian itu berkata, harga runcit RON95 dan diesel dikekalkan kerajaan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

"Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran," jelas kenyataan itu.

MOF berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Artikel Berkaitan: