MR D.I.Y sasar bantu 5,000 pelajar

Program Healthy Meals memberikan manfaat kepada 737 pelajar.
Program Healthy Meals memberikan manfaat kepada 737 pelajar.
A
A
A

PERUNCIT perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y (M) Berhad (MR D.I.Y) menerusi program 'Healthy Meals' menyasarkan untuk memanfaatkan 5,000 pelajar dari 25 sekolah rendah di Selangor.

Pengerusinya, Datuk Azlam Shah Alias berkata, setakat ini program itu telah memberi manfaat kepada 737 pelajar di lima sekolah rendah di bawah pengawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Selangor iaitu SK Bukit Raya Hulu Langat, SK Cheras Jaya Cheras, SK Taming Jaya Seri Kembangan, SK Kajang, dan SK Leftenan Adnan Kajang.

Menurutnya, pelajar yang menerima bantuan itu merupakan penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program tersebut disokong oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

“Program ini ialah bantuan sekolah yang mengagihkan roti, susu dan air mineral ke sekolah terpilih di negeri Selangor. Inisiatif ini untuk membantu komuniti.

“Kami mahu memastikan kesejahteraan keluarga terutama anak-anak adalah komponen yang penting dalam usaha ini. Kami terus mengawasi isu-isu ini dan memandang serius masalah kekurangan nutrisi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sebagai peruncit yang menawarkan nilai dan mempunyai hubungan terus dengan para pengilang, MR D.I.Y mempunyai akses kepada produk-produk yang mempunyai harga berpatutan termasuk susu, roti dan air mineral yang diperoleh daripada jenama-jenama yang ada di MR D.I.Y.

“Kami gembira untuk membekalkan produk-produk ini kepada murid-murid sekolah rendah di bawah inisiatif "Healthy Meals” oleh MR D.I.Y. kerana ia membantu mengekalkan kesejahteraan mereka.

“Program pengedaran "Healthy Meals” oleh MR D.I.Y dijalankan buat beberapa minggu dan akan diteruskan sepanjang sesi persekolahan pada tahun ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: