Nelayan ditemui selamat selepas dua hari hanyut

Operasi mencari dan menyelamat  mangsa digerakkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) sejak petang Selasa. (Gambar dalam) Rajah ditemui dalam keadaan selamat selepas dua hari dilaporkan hilang di perairan Kuala Gula. - Foto Maritim
Operasi mencari dan menyelamat  mangsa digerakkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) sejak petang Selasa. (Gambar dalam) Rajah ditemui dalam keadaan selamat selepas dua hari dilaporkan hilang di perairan Kuala Gula. - Foto Maritim
A
A
A

BAGAN SERAI - Seorang nelayan tempatan yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu ditemui selamat di kedudukan 20 batu nautika dari perairan Kuala Kurau di sini pada Rabu.

R Rajah, 43, ditemukan bersama botnya oleh nelayan tempatan sebelum dimaklumkan kepada pihak polis sekitar jam 10.50 pagi.

Pada hari kejadian, bot yang dinaiki mangsa kehabisan minyak dan hanyut menyebabkan lelaki berkenaan terpaksa bertahan selama dua hari tanpa sebarang bekalan makanan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, mangsa dikesan turun ke laut dari Bagan Serai menuju ke perairan Kuala Gula pada Isnin sekitar jam 11 malam, namun sehingga keesokan harinya dilaporkan tidak pulang.

Menurutnya, adik dan rakan mangsa cuba mencari di sekitar perairan Kuala Gula, tetapi tidak berjaya menemuinya.

"Sekitar jam 10.50 pagi tadi, polis terima maklumat nelayan tempatan telah menjumpai seorang lelaki bersama bot dalam keadaan hanyut.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke jeti dan disahkan sendiri oleh adiknya sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Kuala Kurau untuk rawatan lanjut," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) sejak petang Selasa.

Artikel Berkaitan:

Operasi pencarian turut dibantu Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Perikanan dan bot komuniti nelayan tempatan.