Bersatu pertahan perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perjuangan mempertahankan perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan antara matlamat utama perjuangan Bersatu.

“Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian semasa sesi perbincangan khas bersama ahli Parlimen dan Senator Dewan Negara daripada parti itu hari ini,” kata Ketua Penerangan Bersatu Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Dr Mahathir menjelaskan perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan istimewa Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Islam sebagai agama Persekutuan dan kedudukan Raja-raja Melayu antara matlamat perjuangan parti,” katanya.

Dr Mahathir turut menekankan segala usaha dan inisiatif yang diambil oleh Pakatan Harapan semenjak menerajui negara adalah demi kepentingan dan kesejahteraan seluruh rakyat, termasuklah memelihara kedudukan orang Melayu dan bumiputera serta hak-hak yang sah untuk semua kaum di negara ini, katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Radzi berkata semua Ahli Parlimen Bersatu sebulat suara menyatakan sokongan teguh kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: