Pekerja 'kantoi' curi, jual tong RORO dalam talian

Antara tong RORO yang berjaya ditemui dan dirampas semula oleh pihak polis.
Antara tong RORO yang berjaya ditemui dan dirampas semula oleh pihak polis.
A
A
A

KAJANG - Seorang pekerja tergamak mencuri tong Roll-On-Roll-Off (RORO) milik majikan dan menjualnya menerusi kaedah dalam talian sebelum perbuatan itu terbongkar apabila suspek ditahan di Taman Jasmin, di sini, pada 10 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengurus syarikat sewaan tong RORO berkenaan yang mendakwa sebanyak 13 tong itu dicuri dari gudang simpanan di Balakong, di sini.

Menurutnya, sebanyak lima unit tong RORO bersaiz 0.6 meter dan lapan unit bersaiz 1.2 meter yang hilang dianggarkan bernilai RM58,500.

"Hasil siasatan mendapati suspek adalah pekerja syarikat itu dan merupakan orang terakhir menggunakan lori syarikat.

Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat simpanan tong RORO mendapati hanya suspek yang mengeluarkan tong RORO tersebut.

"Suspek memberitahu mengiklankan penjualan tong RORO menerusi aplikasi dalam talian sejak Mei hingga Julai dan telah mendapatkan pembeli," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Zaid berkata, polis berjaya mengesan dan menahan empat lelaki tempatan dipercayai pembeli tong RORO berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Tong RORO berkenaan dijual dengan harga antara RM2,500 hingga RM5,000 mengikut saiz berbanding harga asalnya dianggarkan lebih RM6,000.

Artikel Berkaitan:

Suspek telah menjual sebanyak 13 tong RORO di sekitar Selangor dan Perak.

"Pihak polis berjaya menemui semula sembilan buah tong berkenaan," katanya.