Polis lupus barang kes bernilai RM2.83 juta

Polis melupuskan barang rampasan bernilai RM2.83 juta hasil pelaksanaan Op Kontraban, Op Dadu dan Op Letrik bagi tempoh 2018 hingga 2022 di Balai Polis Bandar Bangi di sini pada Rabu.
Polis melupuskan barang rampasan bernilai RM2.83 juta hasil pelaksanaan Op Kontraban, Op Dadu dan Op Letrik bagi tempoh 2018 hingga 2022 di Balai Polis Bandar Bangi di sini pada Rabu.
A
A
A

KAJANG - Polis melupuskan barang rampasan bernilai RM2.83 juta hasil pelaksanaan Op Kontraban, Op Dadu dan Op Letrik bagi tempoh 2018 hingga 2022 di Balai Polis Bandar Bangi di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, menerusi tiga operasi tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berjaya menyelesaikan sebanyak 170 kertas siasatan.

"Barang kes Op Dadu (perjudian) yang berjumlah 2,386 buah set komputer dan komputer riba dengan jumlah nilai rampasan sebanyak RM 477,500 manakala Op Kontraban (rokok/minuman keras tidak bercukai) melibatkan rampasan 12,121 tin minuman keras, 512 botol arak dan 15,556 karton rokok pelbagai jenama dengan nilai rampasan sebanyak RM 1,600,000," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Upacara Pelupusan Barang Kes IPD Kajang yang turut dihadiri Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dan Timbalan Ketua Polis Kajang, Superintendan Mohamad Nasir Drahman.

Menurutnya, barang kes yang dilupuskan melibatkan kertas siasatan yang telah diselesaikan dan mendapat arahan pelupusan daripada Timbalan Pendakwa Raya serta kelulusan Mahkamah Kajang di bawah Seksyen 406 Kanun Prosedur Jenayah.

"Kesemua barang kes dilupuskan dengan dimusnahkan melalui kaedah e-sisa dan jualan sisa besi serta pepejal.

"Pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak terjebak dengan kegiatan jenayah yang melibatkan elemen kontraban, aktiviti perjudian dan kegiatan melombong mesin bitcoin yang merupakan satu kesalahan undang-undang di negara ini," ujarnya.

Artikel Berkaitan: