'Otai' asrama ditahan pukul pelajar junior

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 10 pelajar sebuah kolej vokasional di sekitar Wangsa Maju ditahan pada Rabu kerana disyaki memukul seorang pelajar junior secara beramai-ramai.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mangsa seorang pelajar lelaki warga tempatan diserang secara berkumpulan oleh suspek terbabit semasa berada di surau kolej berkenaan, pada Selasa.

"Pengadu seorang wanita tempatan yang merupakan ibu mangsa telah menerima makluman daripada warden asrama mengatakan anaknya tidak sihat dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

"Mangsa kemudiannya memaklumkan bahawa beliau telah dipukul beramai-ramai oleh rakan senior kolej semasa berada di surau asrama berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ashari berkata, mengalami kecederaan di bahagian tulang rusuk, pinggang dan mengalami kesakitan di seluruh badan akibat dipukul.

Beliau berkata, kesemua suspek telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh.

"Kesemua suspek merupakan pelajar lelaki berusia lingkungan 16 hingga 20 tahun telah ditahan pada Selasa dan jika ada keperluan akan direman esok," ujarnya.

Artikel Berkaitan: