PM nafi wujud desakan campur tangan kes mahkamah

Ismail Sabri berucap pada Majlis Penutup Konsultasi Bajet 2023 hari ini. - Foto Bernama
Ismail Sabri berucap pada Majlis Penutup Konsultasi Bajet 2023 hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan terdapat desakan untuk beliau campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

"Tiada...tiada," katanya ketika ditanya laporan sebuah media yang mengatakan ada perjumpaan khas melibatkan ketua-ketua bahagian UMNO semalam, yang gagal mencapai kata sepakat bagi mendesak beliau campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan bekas Perdana Menteri itu.

Beliau yang ditemui media selepas berucap pada majlis penutupan Konsultasi Bajet 2023 di Kementerian Kewangan di sini hari ini turut ditanya mengenai ‘perjumpaan’ di Seri Perdana.

Ismail Sabri yang merupakan Naib Presiden UMNO berkata, dalam perjumpaan itu, beliau diberikan taklimat mengenai status gerak kerja parti seperti yang dinyatakan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi kenyataan di Perak.