Anugerah Guardian 2022 tawar hadiah bernilai RM150,000

Anugerah Guardian 2022 dianjurkan bermula 1 Ogos hingga 31 Ogos 2022.
Anugerah Guardian 2022 dianjurkan bermula 1 Ogos hingga 31 Ogos 2022.
A
A
A

GUARDIAN Malaysia (Guardian) melalui peraduan anjurannya, Anugerah Guardian 2022 menawarkan pelbagai hadiah bernilai RM150,000 untuk dimenangi oleh para pengundi dalam 73 kategori produk termasuk penjagaan kulit, penjagaan kesihatan, penjagaan diri dan kosmetik.

Ketua Pemasaran, Guardian Malaysia dan Brunei Angela Teo berkata, Anugerah Guardian 2022 merupakan anugerah paling berprestij dengan mengambil kira keluasan produk, jenama dan kategori yang terlibat.

Menurut Angela, peraduan itu memberikan peluang kepada pelanggan Guardian untuk memilih jenama kesihatan dan kecantikan terbaik yang ditawarkan di semua stor dari perspektif mereka.

“Sebanyak 184 jenama mengambil bahagian dengan lebih 312 produk bersaing untuk merangkul anugerah dalam empat kategori utama, iaitu kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan diri dan penjagaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Angela berkata, penyertaan untuk peraduan itu adalah percuma, tiada pembelian diperlukan dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang memiliki alamat emel, akaun Facebook atau Google sah.

“Pengundi mestilah mengundi sekurang-kurangnya satu jenama kegemaran dalam setiap kategori dan undian hanya akan dikira untuk penyertaan dengan penyerahan undian yang lengkap. Pengundi hanya boleh memasukkan satu penyertaan setiap hari tetapi bilangan penyertaan maksimum tidak ditetapkan.

“Para peserta boleh memutarkan roda untuk mengumpul token sekali gus boleh memenangi hadiah utama atau hadiah langsung seperti E-baucar RM5 atau RM8 dan baucar tunai Guardian RM50,” jelas Angela.

Undian dibuka bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2022 dan semua undian dikendalikan secara dalam talian.

Artikel Berkaitan:

Apa yang perlu pelanggan lakukan adalah mendaftar di http://awards2022.guardian.com.my/ dan mula mengundi.

Semua pelanggan yang mengundi berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 18,165 hadiah yang bernilai RM150,000 termasuk hadiah utama berupa baucar percutian bernilai RM12,000.

Hadiah-hadiah lain termasuk dua Thermomix TM6 bernilai RM6,988 setiap satu, dua pengering rambut Dyson Supersonic bernilai RM2,099 setiap satu, 110 baucar tunai Guardian RM50, 10,000 E-Baucar Guardian RM5 dan 8,050 E-Baucar Guardian RM8.

“Ia pasti menarik untuk menyaksikan jenama produk yang paling memberi impak dalam persekitaran pasca pandemik dan semakin ramai yang membeli secara dalam talian,” katanya.