Kes HFMD meningkat, ILI dan URTI menurun di Johor

TIAN SOON
TIAN SOON
A
A
A

JOHOR BAHRU - Johor merekodkan peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) namun mencatatkan penurunan kes jangkitan saluran pernafasan, iaitu Influenza-like-illness (ILI) dan Upper Respiratory Tract Illness (URTI).

Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, terdapat peningkatan kes HFMD sebanyak 1.5 kali ganda pada minggu epid 33 berbanding dengan minggu epid sebelumnya.

"Secara keseluruhan, kumulatif kes HFMD di Johor menunjukkan daerah Johor Bahru mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,075 kes, Kluang (1,139), Batu Pahat (905), Tangkak (902), Segamat (797), Kota Tinggi (717), Pontian (591), Muar (334), Kulai (279), dan Mersing (133),

"Tiada wabak aktif HFMD dilaporkan. Penularan wabak HFMD berlaku melibatkan taska (46 wabak) diikuti oleh rumah persendirian (22), tabika (14), tadika (9), prasekolah (9), sekolah rendah (3), pusat jagaan harian (3) dan lain-lain (2)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sementara bagi wabak jangkitan saluran pernafasan, iaitu Influenza-like-illness (ILI) dan Upper Respiratory Tract Illness (URTI), sebanyak 5,689 kes dilaporkan pada minggu epid 33.

Angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 7.9 peratus peratus berbanding 6,177 kes pada minggu sebelumnya.

"Kebanyakan kluster yang dilaporkan melibatkan institusi pendidikan sebanyak 77.8 peratus. Namun tiada kluster baharu yang dilaporkan sepanjang pada minggu epid 33.

"Secara amnya, kes ILI dan URTI adalah jangkitan biasa yang berlaku tanpa musim di negara ini sepanjang tahun dan hanya memerlukan pemantauan dan pengasingan diri.

Artikel Berkaitan:

"Situasi masih terkawal walaupun terdapat beberapa kluster melibatkan sekolah berasrama dikesan," katanya.

Endn