Apa inti pati mesyuarat tergempar UMNO?

Pelbagai persoalan timbul berkait dengan mesyuarat tergempar yang dibuat oleh UMNO pada Isnin.
Pelbagai persoalan timbul berkait dengan mesyuarat tergempar yang dibuat oleh UMNO pada Isnin.
A
A
A

RAMAI pihak tertanya-tanya apakah inti pati mesyuarat tergempar melibatkan Ketua-ketua UMNO Bahagian yang dibuat di Menara Dato Onn pada Isnin.

Pelbagai persoalan timbul berkait dengan mesyuarat tergempar yang dibuat oleh UMNO ini.

Ini kerana, pada jam 11 pagi Isnin, media dikejutkan dengan mesyuarat tergempar melibatkan Ketua-ketua UMNO Bahagian di ibu pejabat parti berkenaan.

Menurut mesej yang didakwa dihantar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada jam 11 malam Ahad, pertemuan khas tersebut adalah berkenaan dengan masa depan parti tersebut.

Antara yang awal memberikan komen selepas itu adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan menyatakan bahawa mesyuarat yang dibincangkan adalah berkenaan isu semasa.

“Tidak ada apa-apa, bincang isu semasa sahaja. Banyak isu semasa yang dibincangkan,” katanya seperti dilaporkan.

Selepas Bung Moktar, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos pula mendedahkan seramai 158 daripada 191 Ketua UMNO Bahagian yang menghadiri mesyuarat tergempar itu menyatakan kesepakatan mahukan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam kadar segera.

Menurutnya, keperluan untuk membubarkan Parlimen merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan Ketua UMNO Bahagian dengan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Artikel Berkaitan:

Keputusan sebulat suara tadi, Ketua UMNO Bahagian satu Malaysia mahu PRU diadakan pada kadar segera.

“Keputusan ini akan disampaikan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) sama ada oleh Presiden atau Setiausaha Agung,” katanya.

Selepas itu, dilaporkan pula beberapa pemimpin UMNO mengadakan pertemuan bersama Ismail Sabri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya dan berlangsung hampir satu jam bermula pada jam 8 malam.

Jadi, adakah Parlimen akan dibubarkan dengan kadar segera seperti gesaan yang dibuat dalam mesyuarat tergempar Ketua-ketua UMNO Bahagian?

Semuanya akan ditentukan oleh Perdana Menteri.