Lelaki ditahan miliki pistol, pelbagai senjata tajam

Muhamad Zaki (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada senjata tajam yang dirampas daripada seorang lelaki di Kampung Air Belaga, Ulu Sat, Machang pada Isnin lalu.
Muhamad Zaki (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada senjata tajam yang dirampas daripada seorang lelaki di Kampung Air Belaga, Ulu Sat, Machang pada Isnin lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan dalam serbuan di Kampung Air Belaga, Ulu Sat, Machang pada Isnin lalu kerana memiliki pistol dan pelbagai senjata tajam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, bertindak atas maklumat satu serbuan dilakukan ke atas sebuah rumah pada jam 11.50 malam.

"Setibanya di alamat tersebut kami terpaksa memecahkan pintu hadapan untuk membuat pemeriksaan.

"Semasa serbuan, berlaku pergelutan dengan seorang lelaki yang berasal dari Gua Musang yang ketika itu berada di atas katil dalam sebuah bilik," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada Isnin.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut menjumpai sepucuk pistol jenis Glock 19 Austria warna hitam dan sebiji peluru di dalam 'chamber'.

Muhamad Zaki (kiri) menunjukkan sepucuk pistol jenis Glock 19 Austria warna hitam dan peluru di dalam 'chamber' serta empat butir peluru hidup yang dirampas.
Muhamad Zaki (kiri) menunjukkan sepucuk pistol jenis Glock 19 Austria warna hitam dan peluru di dalam 'chamber' serta empat butir peluru hidup yang dirampas.

Menurutnya, turut ditemui empat butir peluru hidup dalam kelopak, dua bilah keris kecil, sembilan pedang dan sebilah parang berhulu kayu.

Muhamad Zaki berkata, satu plastik lut sinar mengandungi 165 biji pil berwarna kemerahan, satu straw berisi serbuk warna putih dan empat papan aluminium foil berwarna silver yang mengandungi 20 biji pil warna putih disyaki dadah turut dirampas.

Artikel Berkaitan:

Katanya, suspek yang mempunyai enam rekod jenayah lampau dan empat rekod narkotik itu turut dikesan positif dadah jenis methamphetamine.

"Suspek direman bermula 16 hingga 29 Ogos untuk siasatan lanjut.

"Kes ini akan disiasat bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958, Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12 (3) akta sama," katanya.