'Ini bukan tahap Selangor FC'

Darren (kiri) diasak pemain pasukan Selangor FC ketika perlawanan Liga Super, PJ City FC menentang Selangor FC di Stadium MBPJ pada Ahad. - Gambar kecil: Johan Kamal
Darren (kiri) diasak pemain pasukan Selangor FC ketika perlawanan Liga Super, PJ City FC menentang Selangor FC di Stadium MBPJ pada Ahad. - Gambar kecil: Johan Kamal
A
A
A

KEKALAHAN demi kekalahan dialami Selangor FC dalam beberapa perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) sejak kebelakangan ini mengundang teguran daripada pengurusan pasukan tersebut.

Malah Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon dalam satu kenyataan menyifatkan keputusan beberapa perlawanan terakhir ini tidak boleh diterima.

"Ini bukan tahap Selangor FC yang sepatutnya.

"Kelab menuntut lebih banyak daripada pasukan dan mereka tiada alasan untuk gagal di atas padang."

The Red Giants kendalian pengendali sementara, Nidzam Jamil melakar dua kekalahan berturut-turut selepas tewas 0-1 kepada Petaling Jaya (PJ) City FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Ahad.

Jaringan tunggal penyerang Harimau Malaya, Darren Lok pada minit ke-59 sudah cukup untuk menghadiahkan tiga mata berharga kepada The Phoenix kendalian P Maniam.

Keputusan itu menyaksikan Selangor FC kini berada di kedudukan kesembilan dengan mengumpul 16 mata selepas 15 perlawanan, berkongsi mata dengan PJ City yang berada di kedudukan ke-10 selepas mengharungi 17 perlawanan.

Sebelum ini, Selangor FC dijinakkan Terengganu FC (TFC) kendalian Nafuzi Zain 0-2 di venue sama.

Artikel Berkaitan: