KBS ambil serius teguran Premier Sarawak

Gambar hiasan. Gambar dalam : Ahmad Faizal
Gambar hiasan. Gambar dalam : Ahmad Faizal
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil serius pandangan dan teguran oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang melahirkan rasa kecewa susulan acara taekwondo digugurkan daripada Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun berkata, jawapan mengenai isu tersebut akan diberikan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) pada Isnin.

"Saya dan pentadbiran KBS serta MSN tidak akan menganaktirikan mana-mana sukan sekalipun. Namun ada perkara yang boleh kita bagi penerangan bagaimana keputusan itu dibuat," katanya selepas diminta mengulas mengenai kekecewaan Sarawak apabila acara taekwondo digugurkan daripada Sukma 2022.

Ahmad Faizal sebelum itu hadir ke Himpunan Perikatan Nasional (PN) Peringkat Negeri Kelantan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kedua PN di Dataran Warisan Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, setiap keputusan yang dibuat adalah keputusan bersama dan turut diwakili oleh menteri dan exco belia dan sukan seluruh negara melalui jawatankuasa tertinggi Sukma Edisi 2022.

Media tempatan pada Ahad melaporkan, kerajaan Sarawak sentiasa menyokong sukan taekwondo walaupun ia tidak tersenarai dalam temasya Sukma 2022.

Artikel Berkaitan: