Pemain West Ham perlu beri aksi terbaik

Moyes - Foto Getty
Moyes - Foto Getty
A
A
A

PEMAIN West Ham perlu memberikan aksi terbaik apabila melayan kunjungan Brighton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London, pada Ahad.

Perkara itu ditegaskan pengendali The Hammers, David Moyes yang turut menyifatkan Brighton sebagai pasukan bagus dan mampu mencipta kejutan.

Malah katanya, di bawah kendalian Graham Potter, skuad The Seagulls itu juga dilihat berada prestasi terbaik mereka ketika ini.

"Bagi saya, Brighton bukannya calang-calang pasukan kerana rekod pertemuan sebanyak 10 kali sebelum ini nyata memihak kepada mereka.

"Oleh itu, kita perlu memastikan rekod itu tidak berterusan kali ini sekali gus meraih tiga mata berharga di hadapan penyokong sendiri," katanya.

Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu musim lalu menyaksikan West Ham tewas 1-3.

Sementara itu, Moyes turut mahukan skuad kendaliannya minimumkan kesilapan pada aksi berdepan Brighton bagi mengelak diaibkan di gelanggang sendiri.

"Saya mengingatkan pemain supaya memberikan fokus di sepanjang perlawanan dan memanfaatkan setiap peluang di depan pintu gol lawan.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, mereka (pemain) juga diharapkan tidak melakukan kesilapan-kesilapan mudah hingga boleh mengundang padah kepada pasukan," katanya.