Konsert 'bertalu-talu', kerja gila: Pemuda Pas

Hantaran Ahmad Fadhli menerusi Facebooknya, pada Jumaat.
Hantaran Ahmad Fadhli menerusi Facebooknya, pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM – Pemuda Pas pada Jumaat mengecam penganjuran konsert ‘bertalu-talu’ di negara ini sambil menyifatkan ia 'kerja gila'.

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, penganjurannya akan menjemput kemurkaaan ALLAH SWT.

“Penganjuran konsert-konsert, bertalu-talu adalah kerja gila menjemput kemurkaan ALLAH SWT. Hentikan kerja-kerja begini.

“Jangan dicabar emosi umat Islam. Pihak berwajib mohon dengar suara umat Islam sebelum datang kemurkaan ALLAH SWT,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, pada Jumaat.

Ahmad Fadhli bagaimanapun tidak merujuk pada mana-mana konsert secara khusus.

Kenyataan dibuat itu tidak sampai 24 jam selepas Konsert Billie Eilish: Happier Than Ever, The World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

Tambah Ahli Parlimen Pasir Mas itu, kenyataan dibuatnya adalah bukan mengenai parti politik atau soal kecenderungan politik partisan sebaliknya adalah soal agama.

“Bukan soal parti politik, bukan soal kecenderungan politik partisan, ini soal agama. Umat Islam perlu bersatu hati menentang,” katanya.

Artikel Berkaitan: