Pemuda Pas dakwa ada pendedahan lebih mengejutkan selepas isu LCS

Ahmad Fadhli mendakwa akan ada beberapa pendedahan mengejutkan selepas isu pembinaan LCS.
Ahmad Fadhli mendakwa akan ada beberapa pendedahan mengejutkan selepas isu pembinaan LCS.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas mendakwa akan ada pendedahan-pendedahan mengejutkan selepas isu pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari turut memberi bayangan bahawa isu itu akan muncul satu persatu selepas ini.

“Ada lagi pendedahan-pendedahan mengejutkan selepas isu LCS, jangan bimbang, satu persatu akan menyusul.

Fasten your seatbelt (pasang tali pinggang anda)...seperti kata pepatah, ambil mana-mana yang sempat,” dakwanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Isnin.

Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) melaporkan kajian daya maju (due deligence) yang dilakukan oleh kerajaan terhadap syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd mengenai pembinaan LCS, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) gagal mengesan masalah kewangan syarikat tersebut.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, hal ini dibuktikan apabila kerajaan terpaksa membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1.36 bilion kepada syarikat BNS, bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 yang berkuat kuasa ketika itu.

Kah Woh berkata, perkara itu antara sembilan rumusan yang diperoleh PAC menerusi prosiding berkaitan isu LCS.