PPS ditutup, mangsa ribut pindah sementara ke PPR

Keadaan Flat Ros Merah di Taman Johor Jaya yang mengalami kerosakan teruk akibat ribut pada Jumaat. - Foto Facebook Mohd Jafni Md Shukor
Keadaan Flat Ros Merah di Taman Johor Jaya yang mengalami kerosakan teruk akibat ribut pada Jumaat. - Foto Facebook Mohd Jafni Md Shukor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya di sini yang dibuka sejak Jumaat lalu bagi menempatkan mangsa ribut ditutup sepenuhnya pada Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan berkata, PPS itu ditutup pada jam 1 petang.

Pada Jumaat, seramai 85 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di PPPS Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya selepas kediaman mereka di Flat Ros Merah terjejas akibat ribut.

Pada Rabu, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, menyerahkan kunci Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pelangi Indah di sini, kepada 18 keluarga mangsa ribut bagi penempatan sementara.

Pembiayaan sewa dan deposit PPR itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri, sehingga proses membaik pulih bumbung Flat Ros Merah diselesaikan, yang dijangka mengambil masa lapan minggu.

Manakala baki mangsa ribut yang lain memilih untuk menumpang rumah saudara mara.