Dua ahli perniagaan minat beli Manchester United

Jim Ratcliffe & Michael Knighton
Jim Ratcliffe & Michael Knighton
A
A
A

KEMELUT prestasi yang membelenggu Manchester United dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak menggugat kredibiliti kelab itu yang dinilai pakar ekonomi melebihi £5 bilion (RM26.92 bilion).

Walaupun masa depan kelab yang berpangkalan di London itu tidak menentu, namun beberapa pihak dilihat berminat mengambil alih daripada keluarga Glazer.

Ia termasuk bekas pengarah United, Michael Knighton menawarkan pengambilalihan yang 'lemah' menerusi pemilikan kekayaaan sebanyak £7 bilion (RM37.68 bilion) cukup untuk membeli saham minoriti daripada Glazer.

Bagaimanapun ahli perniagaan British itu dilaporkan giat merancang penubuhan satu konsortium bagi memujuk Glazer dan mahukan bantuan daripada Sir Jim Ratcliffe.

Menerusi kolaborasi dengan lelaki terkaya Britain itu, Knighton berharap dapat melengkapkan pembelian sepenuhnya kelab itu yang akan menyebabkan mereka perlu membayar lebih £5 bilion (RM26.92 bilion) menurut Goal, lebih £2.5 bilion (RM13.46 bilion) berbanding nilai Chelsea.

Ratcliffe yang juga penyokong The Red Devils, cuba membeli Chelsea beberapa bulan lalu, dikatakan berminat dan berharap dapat mengadakan perbincangan dengan Glazer.

Dia dilaporkan bersedia membayar apa diperlukan bagi melengkapkan pembelian dan membantu memodenkan Old Trafford.

Seorang daripada jurucakapnya memberitahu, Ratcliffe yang merupakan jurutera kimia dan ahli perniagaan berjaya di Britain berminat dengan urusan pembeliau tersebut.

"Jika kelab itu mahu dijaul, Jim (Ratcliffe) pasti akan menjadi pembeli berpotensi.

"Jika sesuatu seperti ini boleh dilakukan, kami berminat untuk berbincang dalam usaha menjadi pemilik jangka panjang," katanya.