Khairy imbau kenangan dengan Rafizi

kj
kj
A
A
A

KUALA LUMPUR - Meskipun sering bertelagah dengan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, namun Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tetap menghormati seteru politiknya itu.

Di Instagramnya, Khairy memuat naik gambar mereka berdua ketika menghadiri debat PTPTN anjuran Sinar Harian pada 2012.Dalam keterangan gambar itu, Khairy mengimbau kenangan beliau bersama Rafizi yang disifatkan sebagai pesaing terhebatnya.

Katanya, mereka sering tidak sependapat dan bertelagah kata namun saling menghormati antara satu sama lain.

Malah, Khairy turut memuji semangat Rafizi yang bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu menentang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau mengatakan Rafizi mempunyai persamaan dengannya kerana mengambil langkah berani menentang kartel terkenal yang membawa budaya lama dalam parti.

"Kami berdua cuba membawa pembaharuan dalam parti. Dan kini kami terkeluar daripada arus perdana," katanya.

Malah, katanya, jika bukan kerana setia dengan perjuangan politik masing-masing, beliau membayangkan mereka mungkin akan menubuhkan parti baru.

Turut kelihatan dalam gambar dimuat naik Khairy ialah moderator debat PTPTN itu yang kini Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

[ARTIKEL BERKAITAN: Debat Sinar: Khairy, Rafizi 'main' angka]

Artikel Berkaitan: