Hias Kediaman Jalur Gemilang

No Image Caption
A
A
A
Seorang pengawal keselamatan menunjukkan semangat patriotik dengan menghiaskan halaman rumahnya di Jalan Sungai Dua di sini dengan Jalur Gemilang hari ini sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65.

Raman Sarifie, 50, membelanjakan lebih RM100 untuk membeli bendera Jalur Gemilang dan bendera-bendera negeri dalam Malaysia bagi memupuk semangat cinta akan negara sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Beliau menghiaskan halaman rumahnya dengan bendera Jalur Gemilang menjelang bulan Kebangsaan sejak 30 tahun lepas.

Tambahnya lagi semangat menghiaskan rumahnya dengan Jalur Gemilang dicetuskan oleh arwah ayahnya Sarifie Ayob yang sentiasa menghiaskan Jalur Gemilang di halaman rumahnya menjelang setiap bulan kebangsaan.

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Madu Kelulut

GALERI

Zoo Negara

No Image Caption
GALERI

Bersiar-siar di Dino Desert

No Image Caption
GALERI

Aktiviti lasak mendaki dinding batu