UiTM ungguli SUKIPT 2022

Skuad petanque UiTM cemerlang apabila meraih empat emas di SUKIPT 2022.
Skuad petanque UiTM cemerlang apabila meraih empat emas di SUKIPT 2022.
A
A
A

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) mengatasi institusi pengajian tinggi (IPT) lain apabila berjaya mengumpul 10 emas, 13 perak, 13 gangsa selepas lima hari temasya berlangsung Fasa 1 Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022.

Pasukan petanque UiTM antara pasukan yang cemerlang apabila meraih empat pingat emas sekali gus dinobatkan juara keseluruhan acara tersebut.

Sementara itu, pasukan futsal lelaki juga mencatatkan kemenangan besar apabila membelasah Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), 8-0 pada perlawanan akhir dalam acara yang pertama kali dipertandingkan di temasya ini.

Pasukan kayak UiTM juga unggul apabila merangkul dua emas, manakala karate do, silat dan boling padang masing-masing menyumbang satu emas.

Kontinjen UiTM menghadapi cabaran yang besar temasya kali ini kerana para atlet universiti itu sedang menghadapi peperiksaan akhir semester yang jatuh pada tarikh edisi SUKIPT 2022.