LCS: Fakta dipadam JPM maklumat tidak perlu

Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS). Gambar kanan: Wong Kah Woh
Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS). Gambar kanan: Wong Kah Woh
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa fakta yang dipadamkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) merupakan fakta yang tidak perlu.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh berkata, ini kerana maklumat-maklumat berkenaan Pengarah dan Pemegang Saham Boustead Holdings Bhd, Boustead Naval Shipyard dan Perstim Industries Sdn Bhd yang dipadamkan merupakan maklumat terbuka serta boleh didapati dengan carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Ada beberapa fakta dalam laporan berkenaan yang dipadamkan oleh JPM, namun pada keseluruhannya ia tidak menjejas fakta keseluruhan dan rumusan Laporan PAC," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, mesyuarat Jemaah Menteri dilaporkan telah mencadangkan supaya laporan pengauditan forensik projek LCS yang dijalankan pada tahun 2019 dinyahklasifikasikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia merupakan antara komitmen dan jaminan kerajaan tentang siasatan telus tanpa melindungi sesiapa pun.

"Ada beberapa fakta dalam laporan berkenaan yang dipadamkan oleh JPM, namun pada keseluruhannya ia tidak menjejas fakta keseluruhan dan rumusan Laporan PAC."

Sementara itu, Kah Woh berkata, pihaknya juga telah menerima Laporan JKSTUPKK berhubung LSC yang dinyahkasifikasikan oleh JPM.

"Ia sejajar dengan keputusan kabinet pada 10 Ogos lalu yang mengarahkan JPM untuk menyahklasifikasikan laporan berkenaan selaras dengan syor PAC dalam laporannya mengenai perolehan LCS yang dibentangkan di Parlimen pada 4 Ogos 2022," ujarnya.

Menurutnya, PAC juga masih menunggu laporan pengauditan forensik yang dibuat syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) untuk dinyahkasifikasikan selaras dengan keputusan kabinet.